SELAMAT DATANG KE DALAM BLOG AKU


Facebook : Kang Jowo Parit Selekor | Tik Tok : DiGrow Berteknologi

Tanaman tebu Telur dimulakan pada 12/2022 , lebih serious adalah pada bulan 4/2023. .Tebu telur juga dengan nama terubuk atau tebu bunga atau bunga tebu adalah jenis sayur mirip tebu malah sekeluarga yang dimanfaatkan pucuk dan bunga.[2] Nama sainsnya Saccharum edule. Isinya terburai semacam ekor ikan betina yang bunting telur sekaligus mendapat namanya.[2]

PENYEDIAAN TANAH CARA PARIT 


Untuk penyediaan tanah , pada awalnya aku nak korek sahaja menggunakan pengorek lubang. Tetapi bila dah cuba buat 2 ke 3 lubang rasa tak mampu pulak. Maka aku kena keluarkan modal sewa backhoe Atan parit 21 untuk buat kerja buat parit untuk Tanam Benih Tebu Telur

CARA AKU BELAI TEBU AKU..

Tiap pagi dalam pukul 7.30 pagi aku dah ada dekat kebun kerana pada waktu dan masa jam ini cuaca sejuk dan nyaman , buat kerjapun relak sahaja..

Buang Daun , Membaja, Meracun itulah rutin tiap minggu, dan bulan.. Alkhamdulillah. Segala cabaran menuju penghujung. 

Maka sekarang aku dah boleh tuai dan minum untuk diri sendiri , lebih kita share dengan kawan dan jual kepada yang berminat


PENYEDIAAN JUS YAS AIR TEBU TELUR

Awal pagi aku masuk kebun , check kalau ada batang Tebu Telur yang agak matang dan boleh diperah untuk dibuat jus. Aku angkut balik kerumah dekat Parit 21 darat , kira kira 1 km lebih daripada kebun ni.

Proses yang pertama yang aku buat adalah membasuh kulit tebu selepas potong pendek pendek. Selepas aku basuh , baru aku kikis setelah kering.

Tujuan aku basuh kulit sebelum aku kikis adalah supaya , mungkin racun serangga , kulat , tanah tak sekali kikis lalu melekat dekat pisau dan terkena lapisan kedua tebu.

Aku tak basuh selepas kikis sebab tak mahu air pipe meresap kedalam dan menganggu original air tebu ( setengah orang ada buat cara ini ? Aku tak buat sebab aku dah basuh kulit sebelum kikis.

Bila proses mengikis , baru aku perah batang tebu hanya sekali bagi menjaga aroma Tebu Telur dan tidak terlalu banyak buih , lagipun tebu ini aku tanam sendiri , beza dengan orang beli tebu.

Setelah proses memerah selesai , aku masukkan air tebu original yang telah aku bekukan , lalu aku masukkan dan campurkan dengan hasil perahan baru bagi menyejukkan supaya tak cepat basi. Ini cara aku yang Tok Guru aku ajar.

Dalam 1/2 jam baru aku masukkan kedalam botol berkapasiti 500ML . Setelah pembotolan selesai , aku masukkan kedalam Freezer Peti Sejuk Beku untuk proses pembekuan AirTebuTelur. Ia memakan masa 1 ke 2 hari untuk benar benar beku dan boleh dipasarkan.

Jika tak beku dalam waktu tersebut, kena buka dan buat pemeriksaan rasa. Buat masa ini setelah 5 perahan , tiada masalah Air Tebu Telur tak beku. Alkhamdulillah.


Akhirnya , barulah boleh dipasarkan. Buat masa ini saya pasarkan dengan harga dibawah market iaitu sebanyak RM2.50 sebotol berkapasiti 500ML sempena promosi pembukaan perniagaan dan sempena bulan puasa. Walaupun begitu harga akan berubah setelah habis promosi.

JADI BELILAH DAN RASALAH SEMENTARA HARGA MASIH RENDAH DAN BOLEH MAMPU. Air tebu 100 peratus asli , tak campur Ais , bahan pengawet ataupun Gula..

Doakan aku agar boleh terus dapat mengusahakan tebu dan kebun ini agar Arwah Bapak dapat manafaatnya disana..

Apakah penderita diabetes boleh minum air tebu ?

Minum Air Tebu walaupun banyak manafaat untuk kesihatan tapi jangan minum ikut nafsu tekak. Cuba tonton  info berkaita Air Tebu dan lebih penting kepada anda yang bada Diabetis tapi nak minum Air Tebu..

Skala indeks glikemik berkisar antara 0-100. Gula pasir memiliki indeks glikemik sebesar 68, sedangkan air tebu memiliki indeks glikemik sebesar 43.

Pakar Antioksidan MARDI, Dr Suri Roowi dalam perkongsiannya di laman Facebook menghuraikan kebaikan air tebu yang antaranya dikatakan boleh menghalang pertumbuhan sel kanser prostat dan payudara.

Berikut adalah kebaikan air tebu sebagaimana perkongsian doktor ini:

1. Air tebu boleh memudahkan aliran kencing dengan cepat dan dapat bantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik. Jika ia diambil bersama jus limau kasturi, ia dapat membantu masalah demam kuning.

2. Mencegah jerawat, mencegah penuaan, mengurangkan parut dan membantu mengelakkan kulit daripada kering. Ini kerana terdapat bahan khasiat asid glycolic dalam air tebu.

3. Menguatkan tulang. Ini kerana air tebu juga kaya dengan kalsium dan fosforus.

4. Membantu meningkatkan tahap hemoglobin (sel darah merah). Ini kerana air tebu tinggi kandungan zat besi dan folat (folate). Kehadiran folat dalam air tebu juga dapat menghalang kecacatan pada bayi dalam kandungan.

5. Membantu badan untuk melawan kanser. Kehadiran bahan antikanser seperti flavonoid membantu badan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser terutamanya kanser prostat dan payudara.

Kepekatan tinggi kalsium, magnesium, potassium, zat besi dan mangan menjadikan air tebu bersifat alkali.

6. Membantu mengatasi gerd. Satu kajian telah dilakukan di Australia melibatkan 43 orang menunjukkan air tebu yang dibuat dari serbuk tebu (tanpa hampas dan telah ditapis) bantu atasi masalah gerd.

Kajian ini diterbitkan dalam Journal Nutrients pada tahun 2020.

Walaubagaimanapun, pastikan air tebu disediakan dalam keadaan bersih sebelum minum. Semoga bermanfaat!

Ini adalah lokasi kebun aku dekat Parit 21 , Hutan Melintang 


Comments

Popular posts from this blog

Kampung ku Parit 21, Batu13, Hutan Melintang , Perak